Samsung MC285TATCSQ Bedienungsanleitung Seite 29

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 120
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 28
29
MALAY
Panduan Memasak untuk sayur-sayuran sejuk beku
Gunakan mangkuk pyrex kaca bertutup yang sesuai. Masak bertutup untuk masa
minimum – lihat jadual. Teruskan memasak untuk mendapatkan hasil yang anda
mahu.
Kacau dua kali semasa memasak dan sekali selepas memasak. Tambahkan garam,
herba atau mentega selepas memasak. Tutup semasa masa biar.
Makanan Bahagian Kuasa
Masa
(min.)
Masa biar
(min.)
Arahan
Bayam 150 g 600 W 5-6 2-3 Tambahkan 15 ml
(1 sudu besar) air
sejuk.
Brokoli 300 g 600 W 8-9 2-3 Tambahkan 30 ml
(2 sudu besar) air
sejuk.
Kacang pis 300 g 600 W 7-8 2-3 Tambahkan 15 ml
(1 sudu besar) air
sejuk.
Kacang hijau 300 g 600 W 7½-8½ 2-3 Tambahkan 30 ml
(2 sudu besar) air
sejuk.
Sayur-sayuran
campur
(lobak merah/
kacang pis/jagung)
300 g 600 W 7-8 2-3 Tambahkan 15 ml
(1 sudu besar) air
sejuk.
Sayur-sayuran
campur
(gaya cina)
300 g 600 W 7½-8½ 2-3 Tambahkan 15 ml
(1 sudu besar) air
sejuk.
PANDUAN MEMASAK
GELOMBANG MIKRO
Tenaga gelombang mikro sebenarnya menembusi makanan, tertarik kepada dan
diserap oleh kandungan air, lemak dan gulanya.
Gelombang mikro menyebabkan molekul-molekul di dalam makanan bergerak
dengan pantas. Pergerakan molekul yang pantas ini menimbulkan geseran dan
haba yang dihasilkan memasak makanan.
MEMASAK
Perkakas memasak untuk proses memasak gelombang mikro:
Perkakas memasak mestilah membolehkan tenaga gelombang mikro
menembusinya untuk kecekapan maksimum. Gelombang mikro dipantulkan
oleh logam, seperti keluli tahan karat, aluminium dan tembaga, tetapi ia boleh
menembusi seramik, kaca, tembikar dan plastik serta kertas dan kayu. Jadi
makanan tidak boleh dimasak di dalam bekas logam.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak gelombang mikro:
Banyak jenis makanan sesuai untuk proses memasak gelombang mikro, termasuk
sayur-sayuran segar dan sejuk beku, buah-buahan, pasta, beras, biji-bijian,
kacang, ikan dan daging. Sos, kastard, sup, puding kukus, jeruk, dan cutni boleh
juga dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro. Umumnya, proses memasak
gelombang mikro adalah ideal bagi sebarang makanan yang biasanya dimasak di
atas dapur. Mencairkan mentega atau coklat, contohnya (lihat bab dengan petua,
cara dan panduan).
Menutup semasa memasak
Menutup makanan semasa memasak adalah sangat penting, kerana air yang
menyejat naik sebagai wap dan menolong proses memasak. Makanan boleh ditutup
dengan berlainan cara: contohnya dengan pinggan seramik, penutup plastik atau
plastik lekap yang sesuai untuk gelombang mikro.
Masa Biar
Selepas proses memasak selesai, masa biar untuk makanan adalah penting untuk
membolehkan suhu menjadi seimbang di dalam makanan.
MC285TATCSQ_SP_DE68-04139D_MA.indd 29 2013-01-25  5:07:34
Seitenansicht 28
1 2 ... 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 ... 119 120

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare